

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO
Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri. - WALTER B. PITKIN
Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil. - IMAM SYAFIE
Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
No comments:
Post a Comment