Wednesday, April 28, 2010

kiamat sEmakIn hampir!!

"THE DAY AFTER TOMORROW,2012"merupakan filem yg direka oleh org puteh di hollywood..filem2 ini berkisarkan tntng hari kiamat yg bakal tiba!!Semalam aku pun tdk melpaskan peluang tngk cite "the day after tomorrow' kat tv2.Tiba2 timbul dlm benak fikiran aku nak update blog aku dgan menulis tntg KIAMAT..
tambahan pula,,,,,
pelbagai bencana alam yang berlaku akhir-akhir ini membuatkan aku berfikir berkenaan tanda-tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Rasululllah saw dan seperti yang termaktub dalam Al-Quran.
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Namun,,ramai mnusia yg masih alpa dan lalai mengejar kemewahan dunia sehingga terlupakan yg kita semua sekarang ini merupakan manusia akhir zaman...MArilah wahai sahabat kita renung-renungkan TANDA-TANDA KECIL KIAMAT::



1) Tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.
Daripada Abil Ja'di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; "Assalamualaik ya Ibnu Mas'ud". Abdullah bin Mas'ud berkata; "Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja." Riwayat ibnu Khuzaimah dan disohehkan oleh Albani dengan jalan yang lain.
2) Bercambahnya bisnes dan perdagangan.
Nabi bersabda yang bermaksud; "Di antara hampirnya kedatang kiamat, memberi salam hanya kepada orang tertentu, banyaknya perniagaan sehingga wanita membantu suaminya dalam perniagaan, memutuskan silaturrahim, persaksian dusta, menyembunyikan kebenaran, dan munculnya pena". Riwayat Imam Ahmad dan dihasankan oleh Syuaib Arnaout.
3) Saksi-saksi pendusta.
Betapa ramainya umat islam yang sanggup menjadi saksi-saksi palsu kepada kes-kes mahkamah? Semata-mata kerana wang ringgit ataupun kemasyhuran?
4) Menyembunyikan persaksian yang hak.
Tidak ramai yang sanggup menjadi saksi kepada perkara-perkara yang benar. Samada kerana takutkan ugutan dan ancaman ataupun kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko yang difikirkan negetif. Persaksian yang hak juga melibatkan bab-bab keagamaan. Ulama tidak berani menyatakan yang benar. Menyembunyikan fakta dan hakikat dengan alasan mahu menjaga hati majoriti umat islam kononnya.
5) Tersebarnya kejahilan.
Nabi bersabda; "Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang tidak tahu apa itu solat, tidak tahu apa itu puasa, dan tidak tahu sedekah". Riwayat Tobrani.
6) Ramainya orang-orang yang bakhil.
Nabi menyebut; "…Masa akan saling hampir, kerja semakin berkurangan, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau, dan banyaknya pembunuhan". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
7) Tersebarnya perkara-perkara keji.
Yang dimaksudkan perkara-perkara keji ialah, kata-kata kesat, lucah dan cercaan dan sebagainya yang memalukan. Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditanganNYA, tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terzahirnya perkara keji….."Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan disohehkan oleh Albani.
8) Kekayaan hanya berlegar disekeliling orang-orang kaya dan pemimpin sahaja.
Lihat surah al-Hasyar ayat 7. Nabi menyatakan; "Jika harta hanya diambil oleh orang-orang tertentu sahaja…". Hadis riwayat Tirmizi tetapi pada sanadnya terdapat perbahasan.
9) Mempelajari ilmu bukan kerana Allah.
Nabi menyebut; "….dan mempelajari bukan kerana tujuan agama,….."Tirmizi.
10)Para suami lebih mentaati isteri berbanding ibunya sendiri.
Realiti yang berlaku sekarang lebih parah apabila terdapat manusia yang sanggup menderhakai ibu bapa semata-mata ketakutan mereka kepada isteri masing-masing.
11) Orang yang paling jahat & hina menjadi pemimpin.
Nabi menyebut; "Jika disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikanlah kedatangan kiamat". Dalam sunan Tirmizi Nabi menyatakan; "………….dan yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka,…."
12) Penghalalan sutera, arak dan muzik-muzik.
Nabi menyebut; "Akan ada dikalanga umatku satu kaum yang menghalalkan hir (kemaluan, iaitu zina), sutera, arak dan muzik". Menghalalkan zina boleh sahajaa ianya dikaitkan dengan nikah mut'ah, sutera diharamkan kepada golongan lelaki tetapi ianya mula dipakai dan digilai oleh orang-orang lelaki. Arak dan muzik boleh difikirkan dan diketahui sendiri oleh para pembaca.
13) Bercita-cita dan berharap agar cepat dimatikan.
Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan lelaki maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya" Muttafaqun Alaihi.
14) Perhiasan-perhiasan melampau di masjid.
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga di masjid-masjid". Riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang soheh.
15) Bertambahnya kes orang yang mati disambar petir.
Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda; "Bertambah banyak petir ketika hampir kepada hari kiamat sehingga seorang pembesar kaum dating dan berkata; "Siapa yang telah mati disambar petir dikalangan kamu semalam?". Lalu mereka menjawap, telah disambar petir Fulan, Fulan dan Fulan. Hadis riwayat Imam Ahmad akan tetapi pada sanadnya seorang rawi "Dhaif" bernama Muhamad bin Mus'ab.

Sunday, April 25, 2010

shopping...

kEmarin,,,hari ahad yg cerah...after suiwah, sunshine, young one, dan Giant...aku pun balik umah..wat apa????
excelli,,,aku p shopping ngan ayah..nak beli barang2 4 matrik!!
tp..apa yg dibeli??
@ suiwah aku beli kasut kulit/pvc
@ sunshine ingat nak beli travel bag yg ada roda tu...tuptup!!!RM400+++ owh..gila aku bkan kaki g holiday nak beli bag mahal2 mcm tu..
@ giant plak bru jmpa bag,harganya memg berbaloi....
lastly @ young one aku beli calculator baru..maklumlah nnti kat sna mesti nak gna....
Tp still bnyak benda yg blum beli lg,t aku nak kluar ngan mak plak la...mak ok ckit,,,bleh bg idea!!ayah???'hmmm,suka ati adik la"itu ja yg dia tau kta...hihi...tp duit semuanya ayah...

Friday, April 16, 2010

alhamdulillah....

semalam aku xdpt tido....aku xtau la sbb pa!!!mungkin aku teringat arwah PAk Teh yg baru meninggal 15/4 atau aku teringt psal keputusan matrik yg akan kluar ari ni....Apa2 pun takziah untk Mak teh sekeluarga........................AL-FATIHAH...........................
SO...pg td aku ingat nak bgun awal,excied nak on9,,tp pkul 10 gak la aku bgun.....Bangun ja dr tido trus onn laptop..punya la excited nak tau....bka2 lman web matrikulasi,,,aku pun menjerit yeahhhhhh,,,,smpai mak aku pon msuk bilik!!!!!(awat adik???)keseronokkan tu thenti apabila aku tngk matrik yg aku dpt tu kat CANGLUN,KEDAH....aku mintaq  kat PEnang ja,,tp dpt situ..tp aku seronok blik bila dpt tau,my frend Zarifha pun dpat sma ngan aku.....Tp aku still sedih bla aku SMs kwan2 baek aku,,,dpa x terpilih...mungkin bkan rezeki mereka!!!


exceli.......aku masih lg buntu dan tak brapa sure...nak p ka x??????????/

Tuesday, April 13, 2010

asasi kat u, matrik atau diploma???????

buntu,buntu,buntu.......keliru!!! semua ada dlm minda aku...dah wat solat sunat isthikarah pun masih xdpt jawapan!!!!mungki Allah S.W.T blum mahu beri jwapan pd aku....Tp aku tkut...masa sudah semakin hampir,,,tp aku x tahu apa patut aku pilih..aku ada 3 option,1st kalau aku pilih asasi kat u,peluang aku untk belajar kat universiti cerah...2nd kalau aku ikt progam matrik,mmg la bagus..tp kalau pointer aku rendah cam na??aku akan DILELONG dan aku akan ditawarkan khursus2 yg aku x minat...3rd  kalau aku smbung belajar kat u amik DIPLOMA pun satu hal...lmbat sngat!!!!kalau bleh aku nak mulakan carier aku pd usia muda....YA ALLAH.....apa ptut aku pilih ni???mak aku ada la beri cadangan,,,tp aku msih ragu2 dgn kehendak aku sendiri...mak aku cadangkan aku msuk matrik dlu..pas kluar matrik aku trus amik ijazah pend. kat UPSI,,sesuailah dgan cita2 aku nak jd cikgu....aku fikir2 pun ada btulnya cadangan mak aku tu!!!!hmmmmmm.....

Monday, April 12, 2010

pc fair...


hari sab2 yg lpas(10 april),aku dan kwn2 aku g ronda2 kat pc fair...Aku,nad,sare ngan zarifha!!!!mula2 mcm2 yg aku plan nak beli....skin laptop,cooler,bag laptop lah...tp aku hnya dpt skin laptop ja...pusing2 pisa tu 2,3X tp satu kdai pun aku tak singgah beli...nad je yg dpt beli printer...bukan apa,aku ni cerewet ckit...kalu nak beli satu2 benda tu berjam2....kwn2 aku nak cpat,kasut zarifha pun nmasa tu la nak ptus!!!apa2 pun aku suka ngan skin laptop yg baru ni..walaupun ia pinky2 ckit,sma ngan colour phone aku...

Wednesday, March 31, 2010

sekadar sElotEh petang....

HAIYO.... Finally, i come back here..to spend my time with posting some posts..ish..apelar aku merepek nie,,xcually pEtang yg Indah ini,,,aku xtau nak wat apa....buka facebook,xdak apa yg menarik...TEringat plak kat blog aku yg dah lma membeku...TErasa pula seperti nak mengUPDATe blog aku...tp xtau apa nak diselotehkan???BAdan  aku pun terasa letih dan tak bermaya...Aku pun mencuba satu senaman,rupa2 ia sangat memberansangkan...aku berasa sngt segar...TEringat plak nak berkongsi dgan korang semua....KORang???siapa tu????ada ka yg membaca blog aku ni....????kesian!!!!!tp takpa la ayuh kita bersenam.....
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak ke kanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

Thursday, March 11, 2010

sEgaLAnya terjawaB.....



11 march 2010....
tarikh yg ditunggu2 pun tiba.....
aku bangun seawal 6.30 a.m tuk solat subuh...selesai solat,aku terus sambung tido semula,,,tp oleh kerana terlalu tkut dan risau,aku hnya melelapkan mta sekejap jer.....
8.00 a.m aku pun bangun dr tmpat tido dan ambil breakfast,,,tp sebiji nasi pun tak msuk dlm perut aku....
9.45 pg aku bergegas ke blik air untuk mandi....hihihi,sdah jd rutin aku dr dlu lg(eat 1st,bath 2nd),,,tp aku gosok gigi k!!!
10.20 aku pun ke sekolah,dgn berpakaian kmas dngn harapan result yg diambil pun GEMPAK!!!
11.00 pg aku dan all my frenz pun melangkah msuk ke sek....aku dpt tngk perbalgai rupa,aksi dan gelagat kwn2 aku yg lain semasa amik result....ada yg menjerit,menangis,sedih,hepi....tp aku bersyukur...aku terima result aku dgan senyuman....

Friday, March 5, 2010

renung-rEnunGKan






Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri. - WALTER B. PITKIN


Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil. - IMAM SYAFIE

Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW


Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.


Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.


Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.